Pengikut Setia

Shaklee

Saya adalah pengedar Shaklee anda yang Sah bagi kawasan Putrajaya, Kajang, Bangi dan Kuala Lumpur. Jika anda ingin mendapatkan Supplemet Shaklee anda yang original boleh hubungi saya. Pelanggan-pelanggan saya akan mendapat konsultasi percuma dan jadual pemakanan percuma dari saya. Penghantaran seluruh Malaysia termasuk Indonesia.

Boleh layari Website Shaklee saya di https://fitmomscorner.blogspot.com


Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, September 3, 2011

Tempat Makan di Bandung


Cerita Bandung lagi, kali ni pasal tempat-tempat makan yang aku pergi masa di Bandung. Kalu tak silap kami pergi 3 Restaurants masa di sini. Selebihnya kami makan di Hotel dan juga di Mall-mall yang kami pergi. hehe..makanan nya sedap-sedap belaka. Ini bagi aku ya, ada sunda, jawa, aceh dan macam-macam. 

Ok, jum kite tengok mana Resturant yang aku pergi.

1. THE FOOD OPERA

1st day, aku dan encik suami pergi makan di FOOD OPERA. Kalu nak tau lanjut boleh la CLICK SINI. Makanan yang di jual pelbagai seperti masakan local, mediteranian, asian foods and western pun ada. Kami memelih makanan local la..tak kan la nak makan western plak kan?? Kami order Nasi Timbel Komplit. Apakah itu?? nasi biasa bersama ayam atau daging dan sayur asem. Ade tempe dan ade tahu bersama lalap..sedappp...aku suke..it's my taste.



The FOOD OPERA


Nasi Timbel Komplit. Ayam dan Daging.

Sapa yang nak pergi, bole terus ke alamat ini:

Location:
Jalan Ir. H. Juanda,
No. 72, Bandung.

2. GAMPOENG ACEH

Restaurant ni tak sah kalu aku tak pergi. Restaurant orang kampung Encik Suami. Masa my in laws sampai pun kami makan sini. Sorry eh, tak dak gambar makan...sebab masa tu agak malas nak snap2 as my inlaws ada..hehehe..segan aku..

Masakan di sini mesti la makanan aceh. Kami order Mee Aceh dan Murtabak. Hahaha...sedap jugak mee aceh ni..ade keropok malinjo lagi. Air mesti kopi aceh k..

Actually aku ke restoren ni 2 kali kut. Masa lunch and masa supper. Masa supper ni sebab ada Bola. TIMNAS lawan pe eh?? aku tak amik pot..hehehe..malam tu aku order nasi goreng special udang. Makan ja la..lapar..heheheh..


Gampoeng Aceh Entrance

Location dia di Jalan Ir. H. Juanda jugak. Land mark, sebelah hotel Holiday Inn and opposite Hotel Luxton. Senang ja nak cari.

Ni aku kasi jugak la alamat:

Gampoeng Aceh Restaurant
Jl. Ir. H Juanda,
No.151, (Dago)

3. KAMBING SOEN

The 3rd Restaurant is Kambing Soen. Kambing Soen ni terletak tidak jauh dari Sheraton Bandung dan depan Puri Tok Mat. Speciality adalah Kambing. Ko nak kambing apa?? kambing bakar?, Nasi Goreng Kambing? Kari Kambing? Semua ada, tapi yang paling sedap kambing bakar...sedap wei...

Ade masa kitorang duk enak makan kan, ada orang order nasi goreng gila..gila memang gila kut..sebab banyak gila...hahahah..macam bole makan 4 orang. Portion dia memamg sangat gede...


Gambar Credit to : bos.mobil.com..


The entrance


Tu dia, nasi goreng gila....banyak ooo...

Alamat:

Kambing Soen,
Jl. Ir. H. Djuanda,
No.420 

Landmark yang senang adalah, dekat dengan Sheraton and Jakarta Hotel. Betul ke??


Kepada sesiapa yang di Bandung, yang pening nak pergi makan. Bole la pergi ke 3 restoren yang aku pergi ni. Bole la tau sedap ke tak..bagi aku ok ja...bole makan and ku makin gemuk kut..hahaha..

Burrpppppp...kenyang sudah...k jumpa next entry k....



No comments:

Post a Comment

Cecube Klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS